Tuesday 12 November 2013

Tempat Pelancongan Di Sabah (Pantai Barat Sabah)



Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. 

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai "KK"), dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan.

Sabah terbahagi kepada 5 bahagian seterusnya dibahagikan lagi dengan 25 buah daerah.





Untuk entry pada kali ini kita akan mengupas lebih lanjut mengenai pusat pelancongan sabah khususnya di bahagian Pantai Barat Sabah iaitu terdiri dairpada 7 Buah daerah.


1.0 Kinabalu Park (Ranau)

Antara tempat yang wajib dilawati ketika berada di Kota Kinabalu, adalah Kinabalu Park yang terletak di daerah Ranau. Di sini juga berdiri megahnya Gunung Kinabalu iaitu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Jarak antara Bandaraya Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu adalah lebih kurang 88 Kilometer. Mengambil masalebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke destinasi memandangkan jalan yang di lalui adalah jalan berbukit.

Terdapat pelbagai species flora dan fauna yang menghujani tanah seluas 754 km/persegi yang merangkumi Gunung Kinabalu. Rujukan lanjut (http://www.sabahparks.org.my/eng/kinabalu_park/)

Para pelawat juga boleh mendaki Gunung Kinabalu dengan bayaran yang berpatutan. Rujukan Lanjut http://www.mountkinabalu.com/)







2.0 Rumah Terbalik (Tuaran) 




Satu-satunya rumah terbalik dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong dari luar mahupun dalam. Terletak di Batu 21, Telibong, Tamparuli di  daerah Tuaran (45 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu), Rumah terbalik ini menjanjikan suasana pelancongan yang lain dari yang lain, di mana bukan sahaja rumah ini dibina secara terbalik, malahan semua perabot dan perhiasan di dalam rumah tersebut disusun secara terbalik.


Masa Operasi  : Setiap hari  (7.00am-7p.m)
Bayaran : RM 10 (Dewasa/ Mykad) RM 5 (Kanak-Kanak /Mykid)
                 RM 18 (Dewasa/Warga Asing) RM 5 (Kanak-Kanak/ Warga Asing)
Maklumat lanjut  : http://www.upsidedownhouse.com.my/#!






No comments:

Post a Comment